Aku masak makaroni je hari ni. Malas nak masak nasi. Makan sorang-sorang, masak apa pun boleh. Tak perlu nak ikut selera orang lain.
Penat search resepi, pergi shopping then siapla resepi baru ni.
Sumber: Kak Noor Masri
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut
Cara membuat
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara
Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .
Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan
Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka
Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.
2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.
Sos Spaghetti Bolognese
Bahan-bahan
* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
* 1 kiub stok daging lembu (optional)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang
* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
* NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara-cara
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
Download the FREE IM Myth Report dan Affiliate XFactor, anda boleh mendapat US$1.00 jika anda mempromosikannya, direct ke akaun PayPal anda
Ingat tak lagi iklan ni. Aku suka sangat. Haus la.. Buy me a cup of Starbucks Coffee
Download the FREE IM Myth Report dan Affiliate XFactor, anda boleh mendapat US$1.00 jika anda mempromosikannya, direct ke akaun PayPal anda
PENGERTIAN PUASA
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
Dalil Wajib puasa
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:
Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Hadis:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam).
LAFAZ NIAT
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:

“ Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala. ”
Maksudnya: “ Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: “ Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala. ”
Haus la.. Buy me a cup of Starbucks CoffeeDownload the FREE IM Myth Report dan Affiliate XFactor, anda boleh mendapat US$1.00 jika anda mempromosikannya, direct ke akaun PayPal anda
![]()
Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah . Lafaz niat: (Solat Sendiri)
![]()
Usolli Sunnatal Taraawihi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala
Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas
Ref: http://cybermosque.mpsj.gov.my/soltara.html
Download the FREE IM Myth Report dan Affiliate XFactor, anda boleh mendapat US$1.00 jika anda mempromosikannya, direct ke akaun PayPal anda
![]() |
|
| Pihak KedaiSiber ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN Al-MUBARAK. Semoga dibulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini kita akan diberi hidayah & petunjuk oleh ALLAH swt.
Maaf dipinta sekiranya kami ada melakukan sebarang kesilapan. |
Download Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 1429H/2008 di sini
http://www.ziddu.com/download/2055241/puasadanimsak.zip.html
Haus la.. Buy me a cup of Starbucks CoffeeDownload the FREE IM Myth Report dan Affiliate XFactor, anda boleh mendapat US$1.00 jika anda mempromosikannya, direct ke akaun PayPal anda








