mosque500

Cuti panjang Aidiladha di Khartoum tahun ni kitorang berjalan-jalan sekitar Istanbul. Kiotrang bertolak pada malam 7 Nov lepas. Sempat la kitorang beraya di kompleks. Bagi aku, Aidiladha lebih bermakna di sambut di tempat yang kita dah biasa berbanding di tempat lain.

Kota Istanbul mungkin tak asing lagi kepada penduduk Malaysia. Flight kitorang 4 jam je dari Khartoum. Ok la. Takde la jemu sangat. Boleh kata ramai peniaga kat Turki mengenali orang Malaysia. Bila terjumpa mesti tanya, “Apa khabar?” .Sib baik muka family kitorang ni muka melayu tulen.

Tak lama kitorang kat Istanbul, 7-12 Nov. Best jugak jalan-jalan kat sana. Souvenir cantik-cantik.Cuci mata dengan view yang mengagumkan. Subhanallah…

erboy

Kitorang stay kat Hotel Erboy di Sirkeci the whole trip. So pihak hotel bagi banyak benefit la sebab stay lama. FREE dinner, airport transfer, FREE breakfast masa mula-mula sampai tu. Hotel location memang strategik sangat. Area tu banyak kedai makan. Jalan kaki ke Spice Bazaar 10-15 min je, Gulhane Tram station <5 min, Hagia Sofya 15 min, Blue Mosque 20 min,Sultanahmet 20 min, Grand bazaar 30 min. Kalau naik tram area situ, TL2 je untuk dewasa. Budak-budak FREE. Puas hati betul dok hotel tu.

Weather masa tu max 14 degree je. Tapi paling sejuk 2 hari terakhir di situ, 7 degree. Orang-orang kat situ amat peramah. Dengan budak-budak lagi diorang suka.

Kitorang pergi tak ambik tour guide. Saje suka sebab ngan budak-budak ni, takyah la terlalu strict sangat. Bila penat, boleh balik rehat. Takyah ikut schedule orang. Lagipun kat Istanbul senang je nak explore. Ada map, ok dah. Cuma 3rd day kat situ, kitorang ambik 1 full day tour under Tour Agency ke tempat yang jauh sikit daripada area hotel. Tour tu included Tour by boat kat Goldern Horn, selat Bhosporus, Pierre Loti cable car, Istana Dolmabache, Camlica Hill, lunch.. teramat puas hati.

bridgetoasia

Jambatan Bogazici – penghubung bahagian Europe dan Asia di Turki

sview

View dari Pierre Loti Hill ke area Sultanahmet

Dah penat berjalan tengok tempat bersejarah, barulah kitorang shopping. Bukan sebab apa.. sebelum ni tutup 4 hari bazaar-bazaar penting di Istanbul sebab perayaan Aidiladha. Manusia punya la ramai..

kapalicarsi

Pintu masuk Grand Bazaar

appleteaApple Tea


Flight balik ke Khartoum pada 9 malam 12 Nov. Ada 4 family Malaysian dalam flight yang sama. Sampai Khartoum pukul 2.30 pagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...