Lagi seminggu nak raya dah. Sekejap je rasanya. Kat sini pun full aktiviti dalam bulan Ramadhan. cam tak terasa je. tup-tup esok lusa dah nak balik kampung.
Nak cerita pun susah pasal aktiviti kat Sudan, pasal banyak sangat nak cerita.
Every week Petronita ada buat bubur lambuk untuk disedekahkan pada surau. So weekend je ada rewang buat bubur lambuk. Hari-hari busy kat rumah sebab prepare untuk bazaar Ramadhan. Jadim makcik jual kuih pulak sekarang. hehehe..
Scene kat Bazaar Ramadhan
Staff & Family Iftar Petronas
Sessi demo buat Kuih Seri Muka guna Microwave oleh Kak Lin
Sessi chit-chat sambil makan-makan(for madam only) waktu terawikh kat rumah Kak Ina

Gelagat anak-anak di padang (courtesy Mr. Faatih)
~Aida,Hadi & Muhammad ~
Letih lagi sekarang, semalam pergi Souq Omdurman. Dapat la rembat satu set gelas. Panas giler kat Souq. Tak sempat bergambar kat Souq tu pasal busy tengok barang je. Lagipun nak bergambar susah sikit kat public area. Kang tak pasal-pasal masuk lokap.










Leave a reply