donutgebu.jpg

Resepi Donut Gebu (diambil dari Myresipi)

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu  besar susu tepung
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, kentang lecek dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...