Semenjak dok sini, boleh kata setiap hari ada je aktiviti. Kira betul-betul bz la. Tapi masalahnya aku ni kurang idea nak mengarang, menjadikan aku malas nak update blog ni tiap hari. Hopefully aku diberikan kekuatan oleh Nya.
Birthday Bash
Semalam ada Birthday Bash untuk kids yang lahir bulan April. Mei dan Jun. Wah.. ramai betul kali ni. Bukan apa nak combine 3 bulan sekali ni. Bulan Mei ni ramai yang balik ke Malaysia sebab dah cuti sekolah. Ramai yang cuti sakan sampai bulan Julai/Ogos.Yang tinggal kat sini pun, aku la yang baru sampai.. huhuhuuhu…
Preparation untuk Birthday Bash pun kitorang yang kena buat. Aku involved pasal Aida pun termasuk dalam list Birthday Kids. So sejak pagi lagi dah busy memasak untuk party petang tu.
Party kali ni agak meriah sebab Petronita jemput bapak-bapak sekali untuk celebrate. Buat dalam Dewan lak kali ni. Kat luar panas giler. Cemana nak dok tengah panas tu.
Sorak & Santai
Lepas Party, malam tu pulak ada Talentime lak. Sesaper yang ada bakat terpendam untuk karaoke tu, dipersilakan. Ramai gak la yang join. Aku tengok je la.. mana le terer bab-bab gini.
Pukul 10 lebih, kitorang dah balik rumah. Budak-budak dah meragam. Tak sempat tunggu sampai abis. Okla, at least join jugak.











One Response
Caralee
23|Apr|2009 1Good post.
Leave a reply