s7300102.JPG

s7300103.JPG

Teringin nak makan muffin lagi. Kali ni buat Vanilla muffin lak. Sedap. Rasa cam Kenny Rogers punye muffin.

Ni Resepi:

Vanilla muffin

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )

  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.

Aku buat 1 dozen je, 1/2 adunan resepi ni. Pagi-pagi tak sempat nak tunggu masak 2 dozen tu. Kejap lagi nak ambik anak kat sekolah pulak.

Ok, next time boleh buat lagi. So simple. Sekejap je preparation. Tak perlu guna mixer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...