
Hari ni cerita kisah pegaga. Gambar pegaga kat atas tu sebenarnya pegaga yang aku baru petik dari taman mini kat depan rumah aku ni. Tanam dalam pasu je la. At least merasa jugak hasil cucuk tanam aku. Kejap lagi nak makan ngan sambal belacan.
Khasiat pegaga:
* menyegarkan badan
* merawat pitam
* mengurangkan berat badan
* awet muda
* rawatan lepas bersalin
Kerabu Pegaga dan Bunga Kantan
Bahan-bahan
- 1 cekak pegaga – dipotong kecil
- 1 kuntum bunga kantan – hiris halus
- 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 biji cili merah – hiris halus
- 2 ulas bawang merah dimayang halus
- 2 biji limau kasturi – diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
- segenggam ikan bilis – goreng tanpa minyak
Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah.
Gaul rata dan hidangkan.
Info pegaga:
|
Nama Botani |
Centella asiatica (L) Urban |
|
Nama lain |
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India) |
|
Famili |
Umbelliferae |
|
Pengenalan |
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiatica, Merremia emarginata dan Hydrocotyle spp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. |
|
Khasiat dan Kegunaan |
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda. |
Keterangan
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Antara produk HPA berasaskan pegaga:
![]()
![]()
![]()
![]()
Rujukan:

11 Responses
oktant
03|Oct|2009 1Ulam pegaga ni memang banyak khasiatnya. Selain tu, pegaga ni boleh dijadikan sbg penambah selera makan.
rasya
23|Jul|2010 2teng q,,,
Kimi Rekonen
18|Aug|2010 3saya pun suka makan pegaga,
dan bila baca posting ni, saya dapat idea nak tanam pegaga dalam pasu..hehe
Amira
26|Aug|2010 4syukron,atas informasi yang berguna…
MD salim
15|Sep|2010 5assalam-mualaikum,
boleh saya tahu,dimana nak dapatkan benih pegaga ini?tq
Suhaila
15|Sep|2010 6Pegaga senang je nak hidup. Just beli/dapatkan di mana-mana pokoknya, kemudian tanam je akarnya. Itu je caranya nak tanam. Benihnya tak sure nak cari mana.
jenny rose
28|Sep|2010 7sya pun baru mo ‘test’ ni daun pegaga ni.ari tu ada mkan .mak cik yng buat.sdap jga.ari ni blajar nak buat ulam.
Nuraini Abdullah
30|Oct|2010 8sya pengamal ulam pegaga,buang angin dan lancarkan darah.selamat mencuba
Atom
06|May|2011 9PEGAGA?/ HMM…SEDAP DI MAKAN/ DICICAH DENGAN “BUDU”…MMMM YUMMYYYY…HEHE
rosemawar
10|Jun|2011 10sya suka sgt2 makan ulam pegaga..ok gak idea tu.tanam pegaga dalam pasu he..he.nk cubala,,
cik nor
08|Dec|2011 11cik tanam rumput kat laman tumbuh lak pegaga, tp tak pandai nak buat minum…
Leave a reply
AYAT 1000 DINAR
SUPER TIPS
SIDEBARS
CATEGORIES
ARCHIVES
BLOGROLL
META
LATEST 10 POSTS
ADVERTISING
ADVERTISING
This blog is copyrighted - © 2007 - to Diari Kami | WORDPRESS THEME: Acosmin | Brought by Wordpress Themes
Privacy Policy