dsc02970.jpg

dsc02971.jpg

First time aku expose apa yang aku masak. Ala bukannya senang aku nak amik gambar ni. Ramai sangat helper kat rumah aku ni. Kalau buat makanan jenis camni.. selalunya aku ngan budak-budak ni je la yang makan. Afiz memang tak suka makan.

Ok ni resepinya untuk panduan semua. Sedap tau, jangan tak cuba.

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • PASTRY (resepi chef anuar)
  • 160g butter
  • 80g gula castor
  • 1 st vanilla esen
  • sedikit garam
  • 1 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • BAHAN ISIAN CHEESE
  • 250gm cream cheese (Philadelphia)
  • 3/4 cwn gula icing
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn whipping cream
  • 1 camca teh esen vanila
  • Blueberry filling secukupnya
  • *Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.

Cara-cara:

  1. Utk Doh Pastri: Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja dan jgn sampai kembang nanti berminyak)
  2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembek, taruk tepung sedikit-sedikit. Doh sepatutnya lembut.
  4. Dough di simpan dalam fridge selama 30 minit sebelum ditekan ke acuan.
  5. Tekan doh pada acuan tart.
  6. Bakar 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara nak sediakan isian cheese.
  7. Utk bahan isian cheese: Pukul cheese dan gula hingga sebati
  8. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
  9. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
  10. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
  11. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

atau boleh refer terus ke sini MyResepi.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...